Thursday, May 17, 2012

Anak-anak yatim


A220
(Al-Baqarah 2:220)



Terjemahan Melayu:


Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2: 220)

English translation:


(Their bearings) on this life and the Hereafter. They ask thee concerning orphans. Say: “The best thing to do is what is for their good; if ye mix their affairs with yours, they are your brethren; but Allah knows the man who means mischief from the man who means good. And if Allah had wished, He could have put you into difficulties: He is indeed Exalted in Power, Wise.” 
(Al-Baqarah 2: 220)

Wednesday, May 16, 2012

MATLAMAT

  • Menjadikan Rumah Anak-Anak Yatim ini sebagai rumah pendidikan anak-anak yatim yang terbaik.
  • Melahirkan anak-anak yatim yang hafaz Al-Quran.
  • Berusaha melahirkan insan berilmu dan berakhlak mulia untuk mencapai kesejahteraan diri, bagi keharmonian, kemakmuran serta sejahtera di dunia dan akhirat.

  • Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
  • Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • Memberi kesedaran kepada anak-anak yatim bahawa 'yatim' bukanlah suatu tembok penghalang untuk mencapai matlamat hidup cemerlang.



Saturday, May 12, 2012

OBJEKTIF


  • Membela nasib anak-anak yatim yang miskin agar tidak terbiar.
  • Agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan dapat menghindarkan mereka dari hidup melarat.
  • Tidak terjebak dengan gejala sosial yang boleh menimbulkan masalah kepada agama, bangsa dan negara.
  • Memastikan anak-anak yatim ini akan mendapat pendidikan yang sempurna dan berusaha untuk memajukan diri mereka dalam segala bidang.
  • Melatih mereka dalam bidang Al-Quran sehingga melahirkan para hafiz.

LOKASI

lot 1352 Kuala Kerdau



Lakaran peta:  Lot 1352 Kuala Kerdau (20km dari temerloh)

Lot 1352 Kuala Kerdau


20km dari Temerloh

Rumah dalam pembinaan


Pandangan Hadapan